Tuesday, 8 November 2016

Asal Usul Minyak Argan

Posted by Salasiah Salleh at 08:17
Buah dan pokok Argan
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh dengan khasiat semula jadi untuk kosmetik dan juga kesihatan tubuh badan manusia dalaman dan luaran. 

Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50 darjah Cel. 

Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam dan di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Minyak Argan juga kekal sebagai salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.

Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui Proses Tekanan Sejuk dan dianggap "cecair emas" yang mempunyai seribu khasiat dan faedah untuk kesihatan dan kecantikan.

Biji-biji Argan

Bahagian dalam buah Argan
Antara keunikan lain pokok ini, ia amat digemari oleh haiwan termasuk kambing - sehingga sanggup memanjat pokok ini untuk buahnya.


Pada asalnya, buah yang dicernakan oleh kambing akan dibersihkan dan digunakan untuk tujuan menghasilkan minyak untuk tujuan kosmetik.

Namun setelah beberapa lama mereka sedar yang khasiat yang sama dapat juga diperolehi daripada minyak yang dihasilkan daripada buah yang terus dipetik dari pokok (dan bukan lagi dari sisa kambing yang tidak dicerna)

Minyak dihasilkan daripada isi kekacang buah argan dengan mengisarnya sehingga halus dan minyak akan diperah daripada isi buah ini. 

Untuk menghasilkan minyak argan yang digunakan untuk masakan, biji buah argan akan dipanggang terlebih dahulu. Ini akan mengahasilkan minyak yang lebih banyak. Namun begitu, minyak argan yang digunakan untuk masakan ini adalah kurang sesuai untuk tujuan rawatan kulit dan rambut, manakala harganya juga adalah lebih murah. 

Minyak argan yang baik dihasilkan tanpa proses pemanggangan.


Minyak Argan
Antara khasiat minyak argan ialah:

✔ Melindungi kulit dari masalah kedutan yang disebabkan penuaan.
✔ Argan oil sangat baik bagi kulit kering di mana ini dapat membantu menyegarkan dan melembutkan kulit.
✔ Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk kekenyalan kulit. Ini menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menganjalkan kulit dan menjadikan ia tampak lebih segar.
✔ Masalah gatal-gatal pada kulit dan parut akibat kegatalan juga dapat di atasi dengan Argan Oil.
✔ Minyak Argan dapat mencegah Stretch Mark pada kulit terutamanya sewaktu mengandung.
✔ Menguatkan kuku yang mudah rapuh serta menguatkan kulit halus pada akar kuku.
✔ Untuk penyakit yang berkaitan sendi seperti Rheumatoid arthritis (RA), Osteoarthritis (OA), Lupus, dan lain-lain, minyak argan boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
✔ Minyak argan juga boleh digunakan untuk massage (mengurut) dan sangat baik untuk rasa yang lebih relaks disamping menjadikan kulit lebih cantik, sihat dan menawan.
✔ Salah satu fakta yang paling menarik tentang Minyak Argan ini ialah ianya sangat efektif untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang menekan kulit basah dan melindungi kulit dari kekeringan, namun rembesan yang berlebihan juga sebenarnya tidak baik untuk kulit. Minyak Argan berfungsi mengawal rembesan sebum dan menjadikan ianya yang lebih stabil.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda ☺

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi