Tuesday, 23 April 2013

Set Yang Dicadangkan Untuk Breastfeeding

Posted by Salasiah Salleh at 10:17
Assalamualaikum...

Hari tu, Sal ada buat entry berkaitan perlu ke supplements untuk ibu menyusu di sini. Ok, hari ni Sal nak share sedikit tentang kebaikan supplements yang dicadangkan tu untuk ibu-ibu menyusu.

Sebelum tu, terdapat 4 pilihan untuk ibu menyusu mengikut keperluan ibu-ibu seperti berikut:

1. SET B - Set Asas Vitamin Ibu Menyusu

Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu:

Set Asas Vitamin Ibu Menyusu - Vitalea, Vitamin C, Alfalfa dan B-Complex

Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu yang sudah semulajadi kaya dengan khasiat dan juga menambah tenaga ibu menyusu. 

B Complex - untuk keperluan pertumbuhan otak dan emosi (anti-stress)

Vitamin C - untuk sistem pertahanan badan

Vitalea (multivitamin) - untuk kesihatan secara lengkap dan menyeluruh

Alfalfa -  terkenal sebagai 'milk booster' yang merangsang dan membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga berfungsi menyelesaikan masalah kesihatan wanita untuk keintiman, keputihan, pelawasan, bau badan dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. 

2. SET EU FOUR PACK 

Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu:

Set Eu Four Pack - Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan Ostematrix

Gabungan vitamin ini lebih sesuai kepada ibu yang ada kekangan untuk melengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.

Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D daripada Shaklee. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini.

Selain itu set ini membantu si ibu lebih cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur dan kalsium amat penting dan diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu atau anak yang alah terhadap alfalfa atau untuk ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa.

3. SET E - Gabungan Eu Four Pack dan Set B

Terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Alfalfa dan Ostematrix


Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa. Set ini tidak kurang bagusnya kerana ibu menyusu memang amat memerlukan kalsium untk disalurkan kepada bayi terutamanya untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi selain keperluan Alfalfa bagi membantu menghasilkan pengeluaran susu dengan lebih cepat.

4. SET 3M - Set Lengkap Untuk Ibu Menyusu (Highly Recommended)



Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.

Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok, set ini adalah pilihan yang tepat.

Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation iaitu ibu telah berhentikan menyusui anak, dan jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu mesti kuat berusaha dan tidak berputus asa.
--

Bukan mudah untuk menjayakan perjalanan penyusuan selama dua tahun kerana ia menuntut ibu untuk menyusu dengan kerap atau pam secara kerap / konsisten dan ibu-ibu perlu melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Sal akan membantu ibu-ibu menyusu di luar sana dengan menyediakan konsultansi percuma serta jadual pengambilan supplement di atas dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda. Sal juga ibu menyusu yang inginkan yang terbaik untuk anak sama seperti anda.

--

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi