Friday, 26 April 2013

Set Cadangan Untuk Hamil

Posted by Salasiah Salleh at 03:04
Lumrah pasangan yang berkahwin inginkan kehadiran cahayamata sebagai pengikat cinta. Ada yang gusar, bimbang, sedih bila rakan seangkatan yang berkahwin pada waktu yang sama atau lebih lewat telah hamil dan melahirkan anak tapi kita masih berdua. Tak dinafikan perasaan itu membuak-buak sehingga kita jadi cemburu...

"Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran)"

Merujuk pada artikel yang Sal dah kongsi sebelum ni berkaitan tips untuk hamil, antara tips yang dicadangkan adalah dengan mengambil multivitamin dan memakan makanan yang seimbang.

Tapi cara hidup kita sekarang ni macam susah je kan nak dapat makan makanan yang betul-betul ikut piramid makanan tu...
Sumber: Google


Mengambil supplement adalah salah satu cara untuk menambah kesuburan dan antara supplement yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Vitalea, B Complex dan Vitamin C merupakan vitamin asas untuk kesihatan yang optimum. Suami dan isteri yang ingin mendapatkan cahaya mata perlulah memastikan tubuh badan mereka sihat dan cergas sebagai asas untuk persediaan kehamilan.

Set Kesihatan Optimum
Vita-Lea – untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Jadi vitalea(multivitamin) akan membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita seharian untuk memastikan kesihatan kita berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea juga membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon.Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vitamin C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin Kesuburan Untuk Lelaki

Vitamin Kesuburan Untuk Lelaki

Vita E & Selenium – Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki. Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Zinc – Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility).Jadi, zinc penting dalam meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Vitamin Kesuburan Untuk Wanita


Vitamin Kesuburan Untuk Wanita

GLA Complex - Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

Alfalfa – Membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Namun harus diingat, mengambil supplement ni hanyalah sebagai salah satu usaha kita...soal rezeki ini semuanya dari Allah. Jadi, jangan lupa berdoa dan mengharap kepadaNya In shaa Allah :)

-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi